Cara Untuk Muat Naik Senarai Nama Murid Daripada APDM / idMe
- Login portal idMe dengan ID dan PW admin idMe.
- Muat turun maklumat murid mengikut tahun dan kelas dalam bentuk fail .xlsx. (Contoh : v2018_muatturun_JBAxxxx.xlsx)
- Admin boleh muat naik maklumat murid daripada idMe di atas mengikut Kelas, tahun atau semua tahun sekali gus mengikut kehendak admin. (Peringatan : jangan baiki nama fail dan kandungan asal yang dijana oleh Portal idMe / Jangan padam sebarang "field" asal dalam fail)
- Tekan butang "Murid" yang terdapat pada menu --> Maklumat murid --> import --> Kemudian muat naik fail v2018_muatturun_JBAxxxx.xlsx. Kemudian tekan butang "Import Now".
- Admin boleh ulangi proses ini sehingga semua maklumat murid bagi setiap kelas untuk semua tahun dimuat naik ke portal Zoom-A.
- Fail yang sama boleh dimuat naik ke portal Zoom A secara berulang bila terdapat perubahan maklumat dalam idMe dengan tanpa memadamkan maklumat yang dimuat naik sebelum ini.
- Data maklumat murid daripada idMe yang tidak dilengkapi dengan IC, sistem Zoom A akan menjana satu IC sementara apabila maklumat murid ini dimuat naik ke Zoom A. Admin boleh memuat naik kemudian sekali lagi apabila memperolehi maklumat murid yang lengkap daripada idMe.
- Maklumat murid tanpa IC tidak boleh digunakan untuk mendaftar tiket akaun Zoom A kerana IC digunakan sebagai "Primary Key" dalam pendaftaran.
- Sekarang anda boleh menggunakan enjin carian yang disediakan pada laman ini untuk menyemak senarai nama murid mengikut kelas yang dimuat naik ke portal Zoom-A daripada idMe.
Kegunaan Senarai Nama Murid Daripada Maklumat APDM / IDME
- Senarai nama murid ini membolehkan tiket Zoom-A didaftarkan secara berkelompok untuk mendapatkan akaun murid. (Lihat Panduan Mendaftar Tiket Murid)
- Senarai nama murid ini membolehkan jadual kelas diisikan secara automatik menggunakan maklumat daripada idMe. (Lihat Panduan Kelas Murid)
- Senarai nama murid ini membolehkan guru menjanakan Head Count murid dengan mudah. (Lihat Panduan Head Count)