[ Index · Back · Close ]
Mengurus Akaun Murid

Melihat Maklumat Murid

  1. Ruangan ini membolehkan admin melihat segala maklumat murid.
  2. Ruangan ini akan memaparkan nama, ID, PW dan akses murid.
  3. Ruangan ini akan memaparkan nama, ID dan akses waris.
  4. Segala maklumat murid yang disambungkan kepada APDM yang dimuat naik ke dalam portal Zoom-A, ruangan APDM dalam senarai akan ditandakan dengan perkataan "Yes".
  5. Admin boleh menggunakan enjin carian yang disediakan untuk mencari akaun murid.

Mengemaskinikan  Maklumat Akaun Murid

  1. Maklumat akaun murid boleh dikemaskinikan dengan menekan ikon "Pen" yang terdapat pada rekod murid tersebut.
  2. Admin boleh menukar PW murid.
  3. Admin boleh mengemaskinikan nama murid.
  4. Admin boleh mengemaskinikan kelas murid.
  5. Admin boleh mengemaskinikan no Kad Pengenalan (KP) murid. Jika no KP yang ditaipkan ke dalam ruangan ini "Match" dengan No KP dalam data APDM yang dimuat naik, maka nama murid, kelas murid dalam APDM akan digunakan dan sekarang data ini akan dikunci. Sebarang perubahan terhadap nama murid dan kelas murid tidak akan dibenarkan kecuali no Kad pengenalan dalam ruangan ini dipadamkan semula. Dalam erti kata yang lain, sekarang murid tidak dibenarkan mengubah kelas dan nama murid melalui profil murid.
  6. Bagi akaun murid yang salah didaftarkan, admin boleh menekan butang "Delete Student & Parent" untuk memadamkan akaun murid itu dan tiketnya boleh digunakan semula.

[ Index · Back · Close ]