[ Index · Back · Close ]
Bayaran Langganan

Cara Melanggan Zoom-A Oleh Waris

  1. Para waris boleh membuat langganan Zoom-A untuk anaknya secara di atas talian melalui Laman Utama Zoom-A, www.zoom-a.com dengan menggunakan e-payment. (Rujuk Tutorial Langganan di Laman Utama)
  2. Semua langganan yang disempurnakan akan menerima ID dan PW masing-masing melalui makluman emel dan sms yang dijanakan oleh sistem menggunakan emel dan no telefon yang diisi oleh waris semasa membuat langganan.
  3. Setiap langganan akan menerima 2 akaun iaitu akaun murid dan akaun waris.

Cara Melanggan Zoom-A Oleh Pihak Sekolah

  1. Langganan Zoom-A oleh pihak sekolah secara berkelompok boleh dilaksanakan melalui perantaraan PIBG. (Buat kutipan melalui PIBG)
  2. Semua bayaran langganan boleh dilangsaikan secara di atas talian melalui Laman Utama Zoom-A, www.zoom-a.com dengan menggunakan e-payment. Tiket murid akan disuntik secara automatik ke dalam akaun sekolah oleh sistem. (Rujuk Tutorial Langganan di Laman Utama)
  3. Bayaran langganan boleh juga disempurnakan melalui cek atas nama One Touch Education Sdn. Bhd. Semua bayaran melaui cek mesti disempurnakan dengan mengisi borang tempahan online sebagai makluman kepada pihak Zoom-A dan suntikan tiket Zoom-A hanya akan disusuli setelah cek bayaran dilepaskan oleh pihak bank.

Trek Rekod Melanggan Zoom-A

  1. Trek rekod semua bayaran langganan Zoom-A yang disempurnakan oleh waris mahupun pihak sekolah akan disimpan dalam ruangan bayaran ini untuk rujukan dan semakan pihak sekolah kelak.
  2. Pihak sekolah juga boleh menyemak trek rekod langganan tahun-tahun yang lampau yang terdapat dalam ruangan ini.

[ Index · Back · Close ]