[ Index · Back · Close ]
Menerbitkan Ujian Dan Smart Homework

Penerbitan Ujian

a)    Cara Menerbitkan Ujian

  1. Proses menerbitkan ujian hanya boleh dibuat dengan menggunakan akaun KPM, akaun JPN, akaun PPD, akaun sekolah dan akaun guru sahaja.
  2. Sebelum menerbitkan ujian, pastikan kelas murid sudah diisi secara manual atau menggunakan maklumat APDM. (Lihat Panduan Muat Naik Maklumat APDM / Kelas Murid)
  3. Pilih satu set soalan mengikut kriteria yang dikehendaki daripada soalan topikal atau Klon.
  4. Tekan butang "Jadikan Ujian" yang terdapat pada bucu atas di sebelah kiri paparan soalan.
  5. Lengkapkan maklumat ujian yang dikehendaki. (Lihat penerangan di bawah)
  6. Kemudian tekan butang "Menerbitkan Ujian (Satu Sahaja)" untuk menerbitkan ujian.

b)    Maklumat Ujian

c)    Mengemaskinikan maklumat Ujian 

  1. Ujian yang diterbitkan hanya boleh dikemaskinikan oleh penerbit sendiri dan admin.
  2. Ujian yang diterbitkan hanya boleh dipadamkan oleh penerbit sendiri dan admin.
  3. Kemaskini ujian bermaksud boleh mengubah maklumat ujian yang dibenarkan (Contoh : Tajuk Ujian, Tarikh mula dan tamat akses serta Catatan). Ini bermakna ujian yang sudah tamat tempoh akses boleh diaktifkan aksesnya semula.
  4. Tekan butang "Report Ujian" yang terdapat pada panel kiri laman, kemudian membuat carian menggunakan enjin carian yang terdapat pada bahgian atas laman.
  5. Tekan ikon "Pen" bagi ujian yang ingin dikemaskinikan dan membuat perubahan yang dikehendaki, kemudian tekan butang "Update".

 

Penerbitan Smart Homework

a)    Cara Menerbitkan Smart Homework

  1. Proses menerbitkan Smart Homework hanya boleh dibuat dengan menggunakan akaun KPM, akaun JPN, akaun PPD, akaun sekolah dan akaun guru sahaja.
  2. Sebelum menerbitkan Smart Homework, pastikan kelas murid sudah diisi secara manual atau menggunakan maklumat APDM. (Lihat Panduan Muat Naik Maklumat APDM / Kelas Murid)
  3. Penerbitan Smart Homework membolehkan penerbit sekaligus menerbitkan ujian secara "multiple" mengikut pecahan JSI yang dikehendaki.
  4. Guru boleh muat turun PDF Buku Smart Homework yang disediakan oleh Zoom-A pada "pautan muat turun" laman utama Zoom-A, kemudian cetak dan edarkan kepada setiap murid untuk merekod Smart Homework masing-masing.
  5. Pilih satu set-set soalan mengikut kriteria yang dikehendaki daripada soalan topikal, kemudian "Tick" semua "Sub Topik" yang dikehendaki. Setiap "Sub Topik" akan dijadikan satu set ujian.
  6. Tekan butang "Jadikan Ujian" yang terdapat pada bucu atas di sebelah kiri paparan soalan.
  7. Kemudian tekan butang "Go To Ujian Multiple" yang terdapat pada bucu kanan sebelah atas laman.
  8. Lengkapkan maklumat ujian yang dikehendaki. (Lihat penerangan di bawah)
  9. Sekarang tekan butang "Menerbitkan (Bil Ujian) Ujian" di bahagian bawah laman, maka Smart Homework pun siap diterbitkan.

b)    Maklumat Smart Homework

c)    Mengemaskinikan maklumat Smart Homework

  1. Smart Homework yang diterbitkan hanya boleh dikemaskinikan oleh penerbit sendiri dan admin.
  2. Smart Homework yang diterbitkan hanya boleh dipadamkan oleh penerbit sendiri dan admin.
  3. Kemaskini Smart Homework bermaksud boleh mengubah maklumat ujian yang dibenarkan (Contoh : Tajuk Ujian, Tarikh mula dan tamat akses serta Catatan). Ini bermakna ujian yang sudah tamat tempoh akses boleh diaktifkan aksesnya semula.
  4. Tekan butang "Report Ujian" yang terdapat pada panel kiri laman, kemudian membuat carian menggunakan enjin carian yang terdapat pada bahagian atas laman.
  5. Tekan ikon "Pen" bagi ujian yang ingin dikemaskinikan dan membuat perubahan yang dikehendaki, kemudian tekan butang "Update".

[ Index · Back · Close ]