[ Index · Back · Close ]
Muat Naik Maklumat APDM

Cara Untuk Muat Naik Senarai Nama Murid Daripada APDM

  1. Login portal Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dengan ID dan PW anda.
  2. Muat turun maklumat murid mengikut tahun dan kelas dalam bentuk fail .xls. (Contoh : D6_Delima.xls)
  3. Admin boleh muat naik maklumat murid daripada APDM mengikut Kelas, tahun atau semua tahun sekali gus mengikut kehendak admin. (Peringatan : jangan baiki nama fail asal daripada muat turun APDM)
  4. Tekan butang "Murid" yang terdapat di panel kiri --> Maklumat murid --> import --> Kemudian muat naik fail D6_Delima.xls.
  5. Ulangi proses ini sehingga semua maklumat murid bagi setiap kelas untuk semua  tahun dimuat naik ke dalam portal Zoom-A.
  6. Sekarang boleh menggunakan enjin carian yang disediakan pada laman ini untuk menyemak senarai nama murid mengikut kelas yang dimuat naik ke dalam portal Zoom-A daripada APDM.

Kegunaan Senarai Nama Murid Daripada Maklumat APDM

  1. Senarai nama murid ini membolehkan tiket Zoom-A didaftarkan secara berkelompok untuk mendapatkan akaun murid. (Lihat Panduan Mendaftar Tiket Murid)
  2. Senarai nama murid ini membolehkan jadual kelas diisikan secara automatik menggunakan maklumat daripada APDM. (Lihat Panduan Kelas Murid)
  3. Senarai nama murid ini membolehkan guru menjanakan Head Count murid dengan mudah. (Lihat Panduan Head Count)

[ Index · Back · Close ]