[ Index · Back · Close ]
Mendaftar Tiket Murid

Mendaftar Tiket Murid Secara Berkelompok

Langkah 1

  1. Memuat naik fail maklumat murid daripada APDM ke dalam Portal Zoom A dengan menekan butang "Import" (Lihat Panduan Muat Naik Maklumat APDM)
  2. Admin boleh muat naik maklumat murid daripada APDM mengikut Kelas, tahun atau semua tahun sekali gus mengikut kehendak admin. (Peringatan : jangan baiki nama fail asal daripada muat turun APDM)

Langkah 2

  1. Guna enjin carian yang disediakan untuk mencari kelas yang dikehendaki.
  2. Kemudian tandakan "Tick" pada nama murid untuk mendaftarkan tiketnya.
  3. Pastikan bilangan murid adalah sama dengan bilangan tiket yang ada.
  4. Murid yang tidak mempunyai no IC tidak boleh didaftarkan dengan menggunakan APDM. Sila masukan satu no IC sementara seperti no Surat Beranak atau satu nombor sementara dengan menekan butang "Edit". (Contoh : 1234)

Langkah 3

  1. Ingat tandakan "Activate" untuk mendaftar akaun murid (Akan kekalkan ID sementara dan tidak perlu mendaftar lagi)
  2. Jika tidak ditanda "Activate", proses ini hanya "Assign Ticket" sahaja (ID sementara masih boleh diubah semasa membuat pendaftaran)
  3. Murid yang didaftarkan dengan "Assign Ticket" boleh dipadamkan "Assign Ticket"nya di senarai APDM yang terdapat pada laman "Maklumat Murid". Tekan butang "delete" yang terpapar pada lajuran "Tiket" untuk memadamkannya.
  4. Admin digalakkan menggunakan mod "Activate" semasa membuat pendaftaran untuk mengurangkan kekeliruan di kalangan murid.
  5. Sekarang tekan butang "Update Ticket untuk mendaftarkan akaun murid.

Langkah 4

  1. Setelah pendaftaran akaun murid berjaya, paparan berikut dipamerkan.

Langkah 5

  1. Sekarang boleh balik kepada laman tiket dan cetakkan tiket ini untuk diedarkan kepada murid (Lihat Panduan Tiket Murid)

[ Index · Back · Close ]